Friday, November 16, 2007

True LoVe...


Bagaimana Menyayangi Seseorang
>> Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan.
Jika anda meletakkansesuatu perhubungan berdasarkan perasaan,
ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa kesemasa.
>>Sayangi dia seadanya.
Di duniaterdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti.
Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu.
Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masihingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasanuntuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
>>Sayangi dia sepenuh hati.
Sesungguhnya dia telah banyak bekorbanuntuk anda. Dengan kelebihan yang adapa danya,
dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telahmemilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
>>Hormati pendirian dan keputusan dia.
Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulushati.
>>Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia.
Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
>>Percaya akan dirinya.
Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukanapa-apa . Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya , apatah lagi dia.
>>Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya
kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapib erjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
>>BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting.Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
>>Jangan sesekali meninggalkan diatanpa sebarang alasan.
Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
>>Jangan cepat berbangga dengan dirianda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga keakhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawaanda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya denganapa jua keadaan sekalipun

No comments: